Best Link:
All My Favorite Links::

Rangkaian Berita
Link 6
All My Main Links::

Arkib..

guestbook

tulis dlm ni
Other Links

Teman teman blogger's::

Blog Junior

Credits::

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Blogskin
Blogger
zino

APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!

Sunday, September 11, 2005

kisah Konvoi ke Kuala Pilah..

Aku memang keluar pagi. seperti biasa 6.30 dah bersiap sedia memulakan operasi. baby masih tidur lagi. angkat masuk kereta. memula ambik dua kawan fizah sebelum menghantar mereka bertiga ke SAB. sabtu sekolah ganti cuti jerebu dan seterusnya cuti awal hujung tahun nanti.

7.30 aku dah sampai ke tol sg besi. mm ada banyak masa lagi, sekejap tu baby bangun terpisat pisat.. aku pujuk dia mandi dulu , 7.55 , aku tengok rakan konvoi belum sampai.. aku call, bila tanya kat mana dia jawab, " baru nak keluar rumah!" , "haaa!! baru nak keluar?" aku buat buat terkejut hehe.. lepas tu aku call sorang lagi, dia jawab, "on the way, 5 minit lagi sampai" hehe satu lagi jawapan standard. tapi tak pe masih ada masa. aku berhenti di BP, selain isi minyak nak isi perut juga.. mem beli nasi lemak utk sarapan. 8.10 agaknya mereka pun sampai. aku segera mengeluarkan kueh tart yg di pesan .

8.30 mula berkonvoi, zar yg menunggu dari tol bangi dah mula bergerak, tak pe nanti boleh jumpa di Senawang. baru lima minit berkonvoi aku tengok kereta melor tak nampak di belakang, apesal selow sangat. sekejap tu dapat sms, " teruskan perjalanan , kereta pancit" tetiba je? kami terus bergerak perlahan ke Senawang, ungku nor juga talipon nak tau distinasi. Bila sampai di Senawang, zar dah ada sana. kami berbual sambil menunggu melor sampai. " mana pengantin? , tak sampai lagi ke? " ingat kan kami yg dah lewat tadi hehe. Dan bila pengantin sampai kami sempat lagi mengusik dia. Pengantin dengan rombongan saudara nya berlepas dulu , kami masih menunggu melor sampai.

Perjalanan ke Kuala Pilah di dahului Ungku Nor, perjalanan lancar sehingga ke penghujung selekoh Bukit Putus, sebuah lori membawa tong gas terbalik di tengah jalan, nasib baik tak banyak kenderaan kalau tak sure dah sesak kat situ. sampai di masjid upaca gilang gemilang masih belum bermula, nasib baik kalau tak terlepas utk kami nak menyaksikan nya. rupanya pak latip telah pun sampai. Segalanya nampak berjalan dengan lancar, dengan sekali lafas saja acara akad nikah selesai, pak imam kata" tak ada masaalah , orang lama" hehe . majlis makan telah di pindah kan di rumah yg pada mulanya di jadualkan di perkarangan masjid.

Tapi baby ada masaalah sikit, bila nak masuk ke kemah tu dia dah mula terbau masakan yg di sediakan, mula lah nak uwekk, tapi aku berjaya pujuk sampai ke tempat duduk, tapi bila minum je dia pun uwekk, kat situ, sebelum masaalah menjadi besar aku terpaksa bawa dia keluar dari kawasan tu, akhirnya aku tak dapat merasa nasi minyak EP hehe. Dalam perjalanan balik singha di rumah Ungku Nor, rupanya rezeki aku nak makan mee hoon dengan sop daging kat situ.. hehe . lepas makan aku minta diri dulu, aku rasa masih ada masa utk hadir mesyuarat di Selayang tu. Sempat aku balik ke rumah mandi dan sebagainya sebelum meneruskan perjalanan ke selayang. dan mereka memang menunggu kehadirian aku pun. nasib baik.

| zino at Sunday, September 11, 2005 ::