kabar kabar "sms" Semalam semasa dalam perjalanan balik aku terima satu sms lebih kurang macam ni, "petrol up 20 sen" terkejut juga aku, walaupun PM dah kata dalam TV kemungkinan kerajaan perlu mengambil tindakan dengan kenaikkan harga minyak ni, sekarang ni harga minyak dah cecah RM60.00 satu tong, tapi aku heran jugak kenapa minyak di kira tong lagi bukan litre? sape boleh jawab ni.
bila di rumah sekali lagi aku dapat sms yg lebih kurang sama, kali ni dari jauh hehe.. masa tu aku dah bersiap nak ke pasar malam, tak sempat nak tunggu berita sampai habis utk pengesahan , balik dari pasar malam aku tanya fizah ada ke pengumuman pasal harga minyak, dia naikkan bahu je, fizah pulak bukan minat nak tengok berita, lebih baik dia buka dairi AF hehe..
Malam tu aku keluar lagi, kali ni nak pi beli doreyan kat simpang tu lalu le kat petrol stesyen , aku tengok berdoyon doyon kereta beratur nak isi minyak, dia org pun dapat berita sama ke? aku pun tumpang sekaki beratur dan isi penuh, agaknya kalau boleh hentak tangki tu bagi padat aku pun akan buat jugak.. memang forbia betul bila org kata minyak naik harga lagi. bila balik berita jam 12.00 malam, PM kata mana ada naik , itu semua kabar angin.. tapi aku terima kabar "sms" hehe..
|
zino at Friday, July 01, 2005 ::