|
|
|
APA SAJA YANG TERLINTAS..!!!!!
|
Friday, April 30, 2004
Subject: Before & After Marriage
benda benda ni berlaku ke?
Before marriage... I die for you..
After marriage...... You die, up to you.
Lagi lama married.. You die I help you!
Before marriage... You go anywhere..I follow you.
After marriage...... You go anywhere..up to you.
Lagi lama married...You go anywhere...better still !!
Before wedding - "you are my heart, you are my love"
After wedding - "you get on my nerves."
Before wedding - "you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding - "you are worse than godzila."
Before wedding - Roses are red, violets are blue, Like it or not, I'm stuck with you
After wedding - Roses are dead, I am blue, You get on my head, I will sue you
Before wedding - Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding - You want to go, he says you wait-la
Before wedding - She looks like Anita Sarawak
After wedding - Don't know whether katak or biawak
Before wedding - Weekends at Cameron, Genting and Fraser's Hill
After wedding - Furthest you go is Gasing Hill
Before wedding - He opens the car door
After wedding - He opens his mouth and snores
Before wedding - She / he was your ideal
After wedding - She / he becomes your ordeal
It's TRUE , Isn't it .... uhhh Guys!!!
Be careful girls!!!!
|
zino at Friday, April 30, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, April 29, 2004
tip kepada yg sedang mencari cari atau spot check yg dah ada hehe..
Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA
|
zino at Thursday, April 29, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, April 28, 2004
ter MC hari ni
Sejak dua tiga hari ni baby tak nyenyak tidur selalau je terjaga malam.. sejak tu juga bapak dia kena berjaga sama. Kalau mak dia yg tepuk dia marah nak abah jugak. Lena lah mak dia hehe. Malam semalam baby merengek tadi. Tanya nak apa dia tak jawab tapi terus merengek . lama lama aku sendiri dah tak tahan. Daya tahan semakin kurang sehingga semalam aku di serang selsema.
Sebelah pagi hanya soksek je tapi menjelang t hari mula lah mengalir macam air sg congkak, tisu di opis tu dah habis di guna pakai. Aku turun ambik stok tambahan kat kereta. Lepas tu pi pekena Nescafe panas.. ubat selsema tak ada pulak jual. Kedai sese (betul ke eja tu) tak ada pulak berhampiran. Bila balik aku terus ke klinik kat flat tu. Dia tengok aku pun naik kesian..
"Kalau nak cepat kena jap sekali?" Dr memberi cadangan .
"Jap kat tangan" katanya lagi
"Ok lah dr jawab ku ringkas." Dia tau kalau nak jap kat bontot aku tak nak punya hehe segan le dengan nurse dia tu, walaupun dr yang jap tapi nurse tu yg baut persediaan , suruh kita baring la tu la ni lah..Hehe.
"I bagi u MC sehari ye kalau tak baik u call I tambah lagi" kata dry g dah jadi dr famili kami sejak along 7 tahun.
Masa nak hantar mem keja baby nak ikut. sejak dia tak lena tidur ni pepagi dah jaga. Semalam pun macam tu. Melalak sakan bila di hantar rumah mak cik dia tu. Hari ni aku MC boleh le I layan dia sekejap .lepas hantar mem singgah kedai makan roti canai. Feberet baby .
"abah nak main buai" kata baby dalam perjalanan balik. Lepas tu dia pi kat belakang main sensorang dalam kereta.bila sampai kat taman I pun berhentika kereta.
"Baby, dah sampai jom main buai" sambil menoleh kebelakang
Hai senyap je jangan jangan dah tertidur, dari tadi sibuk bercakap sorang tetiba dah senyap bila aku tengok rupanya dah terlelap kat seat yg belakang sekali tu memang aku tak nampak pun hehe . bila aku kejut dia tak tersedar lantas aku bawak dia ke rumah makcik dia. Sian baby tak dapat main buai.
Aku baru makan ubat ada tiga jenis .. sat lagi boleh le booom..
|
zino at Wednesday, April 28, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, April 27, 2004
jemputan sms
Aku, baby dan mem baru sampai ke gerai roti canai masa sms tu sampai. tapi kerana leka melayan baby terlupa nak tengok sape yg menghantar. baby pulak seperti biasa bila aku datang ambik dia terus ajak makan roti canai. kadang tu aku ke gerai mamak dan ada masa nya gerai bukan mamak. petang semalam tu aku ke gerai bukan mamak hehe pasal nya mem pun nak makan mee sup. tapi macam biasa le baby makan separuh yg lebihnya abah dia habis kan. mem pun makan mee separuh aku juga yg tolong habiskan.
Sampai di rumah baru teringat mesej tadi. bila aku cek rupanya ada pesanan penaja , baru le aku balas bertanya ada apa lepas tu baru jelas arah tujuan nya. masa tu dah pukul 7.40pm kot. lepas mandi dan sembahyang aku bersiapa utk bertolak. aku cek jam sekali lagi. dalam perkiraan sempat lagi sampai on time. tak sempat nak mengajak mem sama, dia kena masak utk mak dan yg lain2 tu. nak bawak baby nanti siapa nak menjaga dia sementara di masjid. aku sampai 5 minit sebelum azan ishak.
Selepas tahlil ada jamuan. aku, ki, nasir , along dan Dr Zainudin (kawan EP) mengadap satu dulang. dalam tu ada nasi dan lauk pauk. tetapi memasing macam kekok je.. hehe termasuk lah aku sendiri, dulu pernah ada pengalaman tapi dah lama tak makan sedulang macam tu. perut aku memang dah sebu kena setengah roti setengah mee sup , EP sendiri datang menegur bila dia lihat dulang kami masih banyak lagi isi kandungan nya.. along je nampak berselera makan.
lepas makan kami ke rumah EP . malam ni bebas le sikit tak macam malam semalam. tak senang duduk di buatnya bila baby asyik merengek dan minta di dukung. lebih kurang 10.30 kami bersurai.
|
zino at Tuesday, April 27, 2004 ::
(0) <-->
Monday, April 26, 2004
berita hujung minggu
Sebagaimana yg telah di rancang petang sabtu kami balik ke kg. tapi sebelum tu , masa aku ke flat mengambil baby aku tengok dia tak bermaya , batuk dan selsema dan suhu badan dia pun agak tinggi. Lantas bila turun aku bawak baby berjumpa dr. di klinik sebelah kebetulan klinik masih di buka. Kalau terlewat sikit alamat terlepas. Malam sebelum tu baby dah mula meragam susah nak tidur dan asyik merengek je.
Aku pun rasa mengantuk sangat dan biasa nya petang sabtu memang aku book utk tidur petang. Mem ajak pergi beli barang dapur sebelum balik kg pun aku tak larat dah. aku nak tidur dulu..So kami balik kg agak lewat. Bila sampai kg dah masuk magrib. dalam kegelapan tu teraba raba nak membuka pintu dan lampu rumah. Malam tu semua tertumpu di TB memasing asyik menonton anugerah AIM2004. tapi aku tak beri tumpuan sangat kerana asyik pulak membaca buku “the naked truth” kisah al maunah tu.semakin lama semakin suspend nak mengetahui kesudahan nya.
Bila dah lewat tidur pagi ahad memasing bukan main liat nak bangun. Termasuk aku le tu..hehe loceng kat talipon bunyi berkali kali baru nak bangun , lepas sembahyang sambung se round lagi. Lebih kurang jam sebelas baru aku teringat nak mencari akhbar . lebih kurang jam 11.30 pagi kot baru aku perasan ada satu mesej di hp aku. Bila buka ,aku agak terkejut dengan soalan mesej yg di kirim melur .
"dah tau ke mem wan dah meninggal dunia malam tadi?" lebih kurang ayat yg aku baca.
Aku balas mesej tersebut dengan beberapa soalan untuk mendapat kepastian. Lepas tu aku menulis satu mesej kepada EP kalau aku call pasti dia kesibukakan waktu tu.
dalam pada tu aku terus berfikir mencari apa yg harus aku buat sekarang..Kalau aku ajak semua balik ke KL sekarang rasanya agak mustahil. Banyak lagi agenda mak mertua sesekali balik ke kg ni. Kalau aku balik ke KL sorang dan balik semula ke kg tak banyak yg dapat aku lakukan kerana menerima berita agak lewat . akhirnya aku buat keputusan balik petang nanti baru ke rumah EP.
Lepas makan tengah hari aku ke rumah mak ayah. Setiap bulan aku akan pastikan aku dapat balik jumpa mak dan ayah di kampong. Kalau pun tak sempat tidur di kg pun aku akan balik pagi ahad dan balik semula ke KL petang tu. Anak2 aku akut aku berjumpa atuk dan uwan mereka sementara mem membantu mak dia berkemas rumah yg telah lama di tinggalkan. Di rumah mak juga aku curi2 membaca buku, ceritanya semakin suspend.. aku balik ke LC nak masuk asar, lepas sembayhang semua barang di masuk ke dalam kereta. Memang aku dah pesan sebelum ke rumah mak tadi supaya get ready bila aku balik nanti. Kami ada agenda ke ramuan cina pulak. Menziarai kak long (kakak mem) yang dah masuk dua tahun menderita sakit lumpuh dari pinggang ke bawah. Di sini pun aku masih berkesempatan membaca buku dan menamatkan nya hehe.. bila ada masa aku akan buat ulasan pasal buku ni.
Bila kami sampai KL azan magrib baru saja selesai. Selepas sembahyang mem terus memasak utk makan malam , aku pesan kalau boleh cepat sikit sebab tadi dah janji nak ke subang jaya. Pukul 9.00 baru dapat bertolak. Sampai di sana aku nampak EP baru keluar dari masjid . tapi aku meneruskan perjalanan ke rumah dia. dapat le aku berbual seketika dengan EP. Baby mula meragam lagi. Merengek dan menangis . ajak aku keluar nak tidur dalam kereta. Bila semua iktiar memujuk baby tak berjaya jugak aku terpaksa meminta diri untuk berundur diri. aku harap dapat berjumpa dan berbual dengan EP lagi nanti.
Aku mendoakan supaya EP dan anak anak dapat menerima ketentuan ilahi dengan tenang dan redha dan semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarhammah. Amin.
|
zino at Monday, April 26, 2004 ::
(0) <-->
Friday, April 23, 2004
panggilan dari selatan
tetiba lagu sexsis kedengaran berbunyi, bila aku mencapai talipon terpapar no talipon dari selatan, siapa agaknya yg menalipon.
"hello" aku memulakan perbualan.
"hello zino , ni ibrahim" jawabnya. suara tu macam aku kenal tapi ake terdiam sekejap nak mengaitkan ibrahim ni dengan nickmane.. hehe .
"ni aimman la" lantas dia menjawap persoalan dalam kepala aku. macam dia tau tau je kenapa aku terdiam.
"tu le baru nak fikir siapa ibrahim ni" jawab ku sambil tersenyum sendiri. agaknya aimman pun sedang tersenyum bila terpaksa menukar nama utk memudah perbualan.
ni le masaalah nya bila kita kenal sesaorang tu melalui nick name , mana dia sebenar akan tenggelam. aku masih teringat masa first time jumpa dia di melaka.
" ni le zino yang aku nak jumpa sangat tu " tegur aimman sambil menghulur tangan bersalaman masa firstime jumpa ku di mini malaysia. masa tu dia perkenalkan diri sebagai ibrahim. masa tu penat aku menggodak memori siapa ibrahim? .lama selepas tu baru le le aimman menjelma. hehe . aku agak sure aimman tergelak besar kalau dia baca blog ni..hehe
"aku baru baca sms zino ni" aimman meneruskan perbualan.
"bila nak datang JB ? "aimman terus ingin mendapat kepastian.
"2 ,3 & 4" , actually kami nak pegi kendiri kahwin dulu , lepas tu ingat nak holiday terus kat sana" jawab ku.
"nak duduk mana ? dah dapat tempat ke?" tanya aimman.
"dah, baru je konform kan tadi, hotel murah je" jawab ku ringkas. biasanya kalau aku berjalan dengan keluarga , aku tempah tempat penginapan yg sederhana je. lagi pun utk tempat landing je.. waktu siang akan di habis kan diluar. kena baget le askar ramai hehe.
"kalau nak duduk resort aku boleh minta member aku bagi diskaun kat kau, tapi mahal sikit le" aimman memang bersungguh nak membantu.
"tak pe aimman, aku rasa hotel tu memadai" jawab ku balik.
"kalau tak kau tidur rumah kami je lah" pinta aimman lagi.
" eh tak pe lah, kami ni ramai satu angkatan penuh , nanti menyusahkan kau je" balas ku dengan sopan, sambil ketawa kecil.
" nanti aku singgah le rumah kau" kata ku lagi.
" ok lah kalau macam tu, nanti bila kau dah sampai JB call aku ye" aimman mengingatkan aku.
"ok aku akan call kau nanti" jawab ku ringkas.
"bila kau dah bertolak call aku" kata aimman lagi.
" ok kita jumpa nanti " jawab ku sebelum mengakhiri perbualan ..
|
zino at Friday, April 23, 2004 ::
(0) <-->
jawapan kepada soalan cepumas
melor: waalaikum salam.. tanya baby noret dah pandai baca blog belum ? hehe cakar harimau belum tamat lagi tapi kalau cakar ayam hazwan pun pandai.. hehe .InshaAllah melur kalau semua perancangan berjalan lancar..jumpa le kak tipah kita tu..
zar: pegi zar jangan tak pergi , kalau tak kau akan menyesal hehe
mely: mak mem ajak balik kg tapi akan cuba balik KL awal. zino sihat mem sihat (tapi cacit kaki) baby pun sihat . nak excersice sini meh le.. tak tinggi 16 tkt je..
ah seng: ah seng , lu sama gua satu kg aa? gua ingat pun macam kenal sama lu.. tapi sudah lupa lo..
low profile: welcome back..anytime bila u free singgah le sini kalau tuan rumah tak de tu buat le air sendiri ye jangan memalu..sembang je dengan kenkawan zino..
EP semua jenis cakar akan di cuba EP tetapi kemahiran masih cakar ayam hehe..
|
zino at Friday, April 23, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, April 22, 2004
kisah petang semalam
petang semalam, sebelum balik aku singgah di HUKM seperti biasa. bila aku sampai aku nampak satu couple yg memang aku kenal. sorang sedang membasuh tangan nak masuk ke wat RICU dan seorang lagi menunggu di sebelah. aku terus merapati mereka dan bersalaman.
"akum apa kabar, lama tak jumpa" lantas aku menerus dan bersalaman. mem bersalaman dengan pasangan dia.
"dalam pertapaan, ingat tadi nak nyuruk" jawab nya sambil menyambut salam ku.
"sekarang ni dah keluar dari pertapaan ke?" aku menyoal dalam gurauan.
" belum keluar sekejap lepas ni sambung balik pertapaan" jawab nya sambil tersenyum. aku tak tau apa maksud pertapaan tersebut.
mem dan mem dia masuk ke wat melawat mem EP, aku dan dia keluar duduk di kerusi sambil bersembang panjang. dari satu topik ke satu topik. so banyak le perkembangan terkini kawan yang dah lama tak jumpa ni di ketahui. sedikit sebanyak maksud pertapaan dapat aku pahami. tak lama selepas tu kedua2 mem keluar dan duduk bersebelahan kami dan terus sambung berbual sambil menunggu EP sampai. lebih kurang 6.30 kelihatan EP , dan terus duduk di sebelah kami bertegur sapa.
sebelum balik EP mengajak kami minum di restoren Mak siti, tapi mereka berdua nak balik segera kerana anak masih belum di ambil di sekolah. so aku mem dan EP minum di RMS. dalam pada tu sambil bergurau aku berkata, mintak mintak lift kat flat tu dah ok le.. tak payah le aku nak menapak ke tkt 16 . mem masih mengadu sakit kaki akibat memanjat 16 tkt sebelah pagi.
hehe tapi sangkaan ku meleset. lift rosak lagi. aku terpaksa menggagahkan kaki mendaki dari satu tingkat ke satu tingkat.. aduss letihnya.. sampai di tkt 16 baju t shirt yg aku pakai dah basah . baby dah lama menanti dan mau di dukung semasa turun.. puas aku memujuk entah tkt berapa baru nak jalan. sampai ke bawah nak dudung lagi.
"adik penat le bah" kata nya sambil mengepakkan tangan minta di angkat.
pagi ni baby tak hantar pun minta along dengan angah jaga dia. pesan dengan angah bila lift dah ok baru hantar baby. aku nak cepat ada miting pukul 8.30 dah dua hari punch card merah. dan memanmg aku sampai cepat hari ni. 7.30 dah ada kat opis. satu pencapaian yg cukup baik hehe..
|
zino at Thursday, April 22, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, April 21, 2004
kesian nya.. hehe
bila mem masuk kereta dari menghantar baby pagi tadi aku nampak dia macam tak de mood je .. moncong je . apesal tetiba je jadi macam tu. lepas i turunkan dia kat flat tu i terus balik nak menghantar kueh mueh yg di beli utk yg kat rumah tu. bila i pusing balik ke flat mem masih tak sampai kat bawah biasa sekejap je.
" apesal , lift rosak ke? " macam dah tau je apa berlaku.
"mm, penat ni . lain kali abang hantar baby pepagi" jawabnya ringkas. rutein harian mem hantar pagi aku ambik petang.
" laa, kenapa tak cakap tadi" aku balas nak menyejuk kan hati dia.
"hantar kita dulu" kata nya lagi. dah memang tak de mood nak cakap . masih kepenatan lagi. petang semalam aku perasan satu lift tu dah memang rosak. kalau lift yg satu lagi rosak memang alamat nak kena menapak le jawabnya. tak le tinggi sangat macam KLCC tapi 16 tingkat juga le kena panjat. biasa kalau lift rosak aku le yg naik hantar baby ke atas. tapi agak nya tadi mem tak sempat nak bagi tau aku dah jalan. tambah siksa bila baby tidur.
aku cadang pun memang nak hantar dia dulu, tapi bila sampai jalan sultan ismail dalam perkiraan sempat lagi aku pergi punch card. tapi tak sempat juga. terlewat lagi le nampak nya hari ni. ajak naik LRT dia tak nak.hehe mem masuk pun terlewat jugak hari ni. kerana dah lewat, sampai kat traffic light merah pun dia suruh aku jalan terus. hehe
" kalau kena saman awak bayar ye" aku kata tapi tak berjawab pun.. hangin dah naik hehe..
|
zino at Wednesday, April 21, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, April 20, 2004
kisahnya di sg congkak
Sepertimana di janji ahad lepas kami ke Sg congkak lagi. bila kejut bebudak tu
"hari ni semua ikut abah siap cepat siapa nak mandi bawa baju masing masing" sekali lagi mereka blurr .
"nak pegi mana ni?" along bertanya hairan.
"dulu kata nak makan ikan bakar ni nak pi makan ikan bakar le ni" jawab ku ringkas. masa nak keluar tu aku tengok jam dah pukul 11.00 . asalnya nak keluar awal tapi macam macam nak di usik , akhirnya kol 11.00 baru settle.
"mendung je" mem kata semasa dalam perjalanan lagi. memang nampak muram kat luar sana tu. teringat sesi yg dulu tu. makan masa hujan lebat.
"nampak gaya macam dulu jugak le" balas ku ringkas sambil memandu laju ke sg congkak.
sampai di sg congkak aku tengok kawasan tu dah lapang .pokok bambu yg rimbun dulu dah tak ada. kat situ le selalu pot nak parking. tapi dari jauh nampak kereta melur dan EP kereta lain tu aku tak perasan siapa punya. dalam pondok kat tepi sg tu aku nampak EP sedang berbual.
"siapa tu?" aku bertanya pada diri sendiri. teringat senarai yg melur buat . geng GEJU yg di senaraikan ada dua. maybe salah satu dari nama tu le agaknya. baby terus menuju ke sg. tak sabar nak mandi . aku terpaksa mengekur dia ke tebing sg tanpa sempat berbual dengan EP dan lain lain tu. selain EP aku lihat ada acik , zar , melur dan sorang lagi yg dari tadi aku cuba mengagak tapi tak masuk memori . hehe. di dalam air tu baby dah tak takut macam dulu, selamba je dia masuk bermain air di tepi sungai tu. aku cuba bawa dia ke tempat yg dalam sikit tapi dia tak mau. dia lebih selesa di situ. kemudian aku minta angah jaga baby . aku nak naik ke atas sembang sekejap.
kawan mistri yg sorang tu bagitu rancak bercerita, peramah sungguh, tanpa di perkenalkan pun aku terus menyampuk topik topik yg di bincangkan tanpa di suruh. bila dia mula bertanya detail dengan mem di mana kg kami di NS , aku perasan dia pun mesti dari sana. biasanya org setempat saje yg bertanya secara detail. tapi siapa?
"apesal le dia org tak introduce kan aku?" bisik ku.
"sekejap lagi kot." saja nak menyejukkan hati sendiri.. hehe . agaknya macam kat HUKM tu hari le. memasing assume macam dah kenal je. hehe nasib nasib. hujan mulai turun . kadangkala nampak bagitu gelap keadaan keliling. tapi budak budak semua macam tak kisah. hujan ke sejuk ke .masing masing seronok berkejaran kesana kemari. sambil duduk di pondok tu aku makan sepotong kek yg di sediakan. kemudia sepotong kek yg lagi satu .siapa yg beli pun aku tak sempat nak tanya, makan je..kek utk besdai boy hehe.. lepas tu hadiah di keluarkan utk besdai boy . yang keberapa ye?
"mana ikan bakar nya? tak siap lagi ke" aku terdengar sesaorang bertanya. tak perasan siapa yg tanya , aku ke?
" tu le aku ingat tadi datang lambat terus nak makan" jawab ku sengaja beri alasan sebab datang lambat tadi.
aku tengok mak cik sorang tu bukan main sibuk lagi mengurus , sekejap kesana sekejap ke sini nak pastikan ikan dapat di sediakan on time. bila ikan bakar ready je aku minta bebudak pi serbu dulu. along angah dari tadi bertanya.. hehe dah lapau le tu. memang tak di nafikan ikan bakar sg congkak memang bes , air asam dia pun bes , sambal ikan bilis pun bes .tu pasal bebudak tu nak ikut hehe. kepada yg tak merasa lagi pastikan anda datang di lain keluaran..
bila dah kenyang apa lagi memasing mula lah beri signal nak balik. terutama anak dara sorang tu , gelisah ajak balik. lebih kurang jam 2.30 . selepas berkemas kami pun minta diri dulu nak balik, last to come first to go . pasal nya junoir semua dah bagi signal minta balik cepat. dalam kereta tanya mem
" siapa nama geng zar tadi tu?"
"entah, tak ingat nama " jawab mem.
"pulak !!! , bukan main rancak berbual nama pun tak tau hehe " jawab ku balik. tapi rasa nya pot baru perlu di cari utk sesi ikan bakar seterusnya . "betul tak?"
|
zino at Tuesday, April 20, 2004 ::
(0) <-->
Monday, April 19, 2004
teh tarik selayang utama.
"Abah talipon" terdengar alang memanggil dari luar. Masa tu aku masih di bilik air. tertidur tadi.
"Farris" katanya ringkas sambil menghulurkan talipon . memang nama farris tertera di muka talipon tu.
"Hai dari mana farris ni." Fikirku.
"Hello datuk sapa ku" hehe.. kadang2 aku panggil dia datuk pada masa lain tansri .
"Hello datuk zino" aku dengar dia membalas , dalam forum funser kami biasa guna gelaran2 tu. hehe
"pukul berapa perjumpaan aku dah sampai di restoren selayang utama , tak ada orang pun" kata farris .
"Amboi cepatnya sampai" kata hati ku.
"Perjumpaan mula pukul 8.30 sat lagi datang le tu" jawab ku .
Sekejap tu aku terima satu pesanan ringkas dari suhaimij bertanya perkara yg sama dan tempat perjumpaan. Aku call minta dia call farris . Dalam perjalanan aku call Kenneth,
"hello tan sri" , sapaan yg biasa aku guna bila bercakap dengan Kenneth, hehe aku dengar bunyi bising, pada sangkaan aku Kenneth pun dah sampai.
"Aku sedang makan kenduri ni, lambat sikit sampai. Farris dah ada di sana," kata Kenneth. Rupanya farris dah call Kenneth jugak. Aku terus memikir sape lagi nak call, lebih baik aku call linidris, hos malam ni mungkin dia boleh keluar awal menyambut farris. Tapi bila aku call macam tak ada line pulak. Aku ambil catitan yg aku buat sebelumnya linidris ada menulis satu no. dengan nama ibrahim. Aku call, lama ringing tapi tak berjawab. Sekejap tu aku call lagi tak jawab juga. Dalam fikiran aku hai suami dia ni bawak talipon ke tak. Tak lama lepas tu talipon aku berdering,
"hello, siapa ni" satu suara menegur, aku mengenalkan diri dan bertanya macam mana nak ke restoren selayang utama, masa dia call tu aku dah hampir sangat dengan tempat yg di tuju. Sehingga aku terbabas dari sasaran. Dia minta aku buat satu turn ke sebelah kiri. Aku kata kat mem suami lin ni mamak ke? Bunyi suara mamak je. Hehe
Bila aku sampai aku di tegur linidris, mana suami dia tadi, lepas tu aku bersalaman dengan peter (firstime jumpa) dan farris. Kemudia aku nampak beberapa member baru . lantas aku menghampiri mereka, bersalaman dengan zamzur, kamato , kemudian bersalaman dengan reizone , husband sabariah , suhaimij ,norazman (ada yg zino tercicir nama ke? sorri le kadang tu memori just blackout ) . sedang kami syok2 berbual aimman sms dari JB, TT JB ada 4 unser, aku balas balik TT selayang ada dua puloh Unser.. hehe saje nak menambah kejelesan dia .. sorry ye aimman.Lepas tu wan zawawi sampai di ikuti leongk, haslinda dan keluarga. Last sekali baru Kenneth. TT selayang yg paling ramai rasanya.
Haslinda tempah satu kek utk dua acara , satu pasal funser club dah pun setahun. Kedua katanya universeri perkahwinan dia yg ke 17.. tahniah dari kami. Siap menyanyi happi besday funser hehe.. kalau aimman tengok gambar tentu tambah jeles. Acara kemuncak bila memasing pergi melihat kereta peter yg dah di tambah pelbagai gejet sama ada nak laju, nak jimat minyak nak save .. hehe.. macam macam yg di pasang..hehe
Sebelum beredar kira 2 jam 11.00 malam haslinda menghadiahkan kami ole ole yg telah di janjikan. Semuga berjumpa lagi di lain masa. Selamat maju jaya funser .
|
zino at Monday, April 19, 2004 ::
(0) <-->
Friday, April 16, 2004
konsep 30sen 10 sen
Zino tertarik dengan tajuk ni bila di bincangkan dalam RMKL beberapa hari lalu. mungkin ada di antara kita yg mendengar apa yg di bincangkan pada pagi tersebut. lebih kurang macam ni ceritanya..
kisah nya seorang ibu menanam sikap menabung kepada anak anak sejak dari kecil lagi dengan mengguna konsep yg cukup mudah. kalau anak di berikan wang belanja 30 sen , 20 sen akan di belanja dan 10 sen akan di tabung. lama kelamaan semangat menabung menjadi sebati dalam diri si anak dan si anak terus menabung menggunakan konsep yg sama sehingga lah dewasa dan bekerja. dengan perkiraan mudah si anak tetap menabung 1/3 dari pendapatan . apabila mendapat gaji RM1000 sekurang2nya RM 300 akan ditabung. bagitu lah seterusnya. di kabarkan si anak telah menabung sehingga RM 80,000.00 dalam usia awal 30'an.
berapa banyak kita boleh menabung? dan kalau pun menabung berapa lama tabungan itu bertahan ? kadangkala kita tabungan hanya boleh bertahan sehingga the next sale season? betul ke? hehe..
|
zino at Friday, April 16, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, April 15, 2004
lawatan mengejut
Masa tu aku duduk di ruang tamu sambil membaca paper lama. Sebenarnya aku sedang mencari berita berkaitan kekurangan besi keluli di pasaran tu, nak masukkan dalam fail projek. Sambil membaca telinga mendengar berita di TB. Tetiba aku terdengar suara di luar memberi salam.
"Assalamualaikum"
oleh kerana suara TB yg kuat aku tak perasan suara siapa. Aku pandang angah yg sedang membaca buku, angah pandang fizah yg sedang buat kerja tapi tak seorang pun bangun menjengok. Dalam hati maybe tamu org sebelah kot biasa nya ipar aku yg suka datang memalam ni . tapi kalau dia nak datang dia pasti call dulu. Aku teruskan pencarian dalam paper lama tu.
"Assalamualaikum" kedengaran lagi suara memberi salam. lepas tu aku dengar macam org membuka pintu pagar. Dalam hati komfom le tamu org sebelah. Tetiba sliding door kaca rumah aku di ketuk dari luar. Tersentak aku dibuatnya. Hehe.
"Zino, talipon kau off ke?" Tetiba dia bertanya dari luar.
"Tak le talipon tu onn 24 jam" jawab aku dengan penuh yakin. sambil membuka pintu utama. Tetamu yg datang menghulurkan aku sesuatu.
"Habis tu aku talipon kau tak dengar ke?" tanya nya lagi tak puas hati. Hehe
"Along cuba tengok talipon abah tu kenapa tak dengar tadi." Aku pun heran jugak apesal tak dengar kesian yg menalipon.
"Mana ada talipon" jawab along ringkas.
"Eh mana pulak talipon , dalam kereta agaknya" sambil ke kereta mencari tapi tak ada.
"Oo talipon kat atas" , baru aku teringat masa angkat baby tertidur dalam kereta balik dari membeli kek coklat pisang di JJ petang tadi, aku terus keluarkan talipon kunci dompet terus letak kat atas.
Aku jemput tetamu masuk tapi dia dalam perjalanan nak balik ke rumah. perbualan berjalan pantas sehingga terlupa nak bertanya kabar. Aku iringi tamu ke pintu pagar. Takut juga kalau kalau dia terpijak penutup longkang sementara yg aku buat. Tak sempat lagi nak buat yg lebih baik. Nasib baik dia penah terbaca dalam blog aku pasal besi buruk. Hehe
Terima kasih EP.
|
zino at Thursday, April 15, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, April 14, 2004
happy birthday to youuuuuuu
happi besday 2 u
happi besday 2 u
happi besday 2 baby
happi besday 2 uuuuuuuuuuuuuuuuuu....
hari ni baby 3 tahun.. semalam dah pesan "esok , abah beli kek ye!" , Mak cik dia yg bagi tau "iwan dah tiga tahun, esok suruh abah beli kek besday". so bila i datang nak ambik dia , dia terus buat pesanan penaja. lepas tu nak hadiah, di bisik kan kat telinga abah dia "nak keter street fighter" memula tu penat i memikir apa kereta yg dia nak , tak bunyi street fighter pun hehe , bunyi macam "kereta yit te" dua tiga kali dia ulang abah dia blurr tu yg pi bisik tu dia ingat abah dia ni tak dengar agaknya.. lepas mak cik dia translate baru le i paham hehe..
terlalu banyak peristiwa berlaku sebelum dan selepas kelahiran baby. keujudan baby pada peringkat awal jugak merupakan satu kejutan besar.. hehe sekurang2 nya buat kami berdua dan kejutan juga kepada org2 di keliling kami. tapi kami terima dengan senang hati menanda satu ikatan baru bermula. satu hadiah istimewa di dalam menempuh pelbagai dugaan dan gelumbang hidup yang penuh gelora. hafizah mengharap adik dia perempuan supaya boleh menjadi teman sepermainan. aku masih ingat lagi apabila di maklum kelahiran baby, hafizah tak mau ikut ke hospital , dan apabila sampai ke hospital pun langsung tak mau tengok adik dia.. tapi lama kelamaan baru le dia boleh menerima hakikat.
hari ini baby semakin lincah dan petah, tak pernah duduk diam baik di rumah atau di dalam kereta, apa saja yg dia nampak mesti perlukan ulasan . soalan dia datang bertalu talu. kalau dia tak puas hati dengan jawapan yg di beri dia akan terus bertanya. sepanjang masa di sakat oleh abang abang dan kakak. suka melihat baby menjerit dan menangis. kadangkala dia jadi pengawal ibu dia.. hehe.. tak boleh abah meninggikan suara sikit , dengan segera pembela datang "abah jangan marah mama, nanti mama nangis kang!!" sambil menunjuk penumbuk kecik dia tu.. hehe
petang nanti kenalah cari kek dulu sebelum balik ...
|
zino at Wednesday, April 14, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, April 13, 2004
besi buruk naik harga macam mas
kalau kita terbaca akhbar beberapa minggu ni ada berita berkaitan masaalah kontraktor mendapatkan bekalan besi utk kerja kerja pembinaan. di pahamkan pihak pembekal mahu menaikkan harga besi keluli tetapi masih tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. maka berlaku lah kekurangan akut bekalan besi keluli di pasaran. di kabarkan juga terdapat kekurangan bekalan bahan mentah utk membuat keluli . maka secara tak langsung harga besi buruk dan besi lusuh melambung naik.
bila harga besi buruk naik harga , bekalan besi buruk juga berkurangan di pasaran. maka nya segala bentuk besi di lihat berharga dan boleh di jual sebagai besi buruk. maka nya besi grating di jalan masuk ke rumah rumah pun kelihatan sangat berharga kepada penjual dan pembeli besi buruk. maka nya besi grating kat rumah zino pun dah jadi mangsa penjual besi buruk ni. walaupun besi tu belum buruk lagi.... gerammmmm nya.. maka berlubang le depan gate rumah zino sekarang ni.. kalau sesiapa datang rumah zino tak pandang ke bawah maka akan jatuh dalam longkang..
kalau harga besi terus naik harus nanti satu hari gate tu pun dia org anggut jadikan besi buruk.....
|
zino at Tuesday, April 13, 2004 ::
(0) <-->
Monday, April 12, 2004
lawatan ke Ayamas Corporation
hari ni zino berkesempatan melawat ke kilang ayamas di klang. so terjawab le segala persoalan yg selalu zino baca dalam tenet berkaitan proses penyembelihan ayam. rombongan ni di anjur pihak pentadbiran utk satu projek baru kami. utk menyediakan pusat penyembelihan ayam dan daging (lembu/kambing) di wilayah persekutuan.
bermula dengan taklimat dan tayangan video selama 10 min. rupanya kilang ayamas memproses antara 80,000 ke 85,000 ekor ayam sehari utk pasaran tempatan dan luar negara (s'pore dan brunei) ,50% dalam negara utk KFC dan bakinya utk pizahut, ayamas, pasaraya dan sebagainya. proses yg sempat kami lawati bermula dari ayam sampai ke kilang dari penternak sehingga lah siap di bungkus utk di pasarkan kat supermarket. ( tetapi lawatan di atur dari pembungkusan ke penyembelihan) setiap peringkat mempunyai system yg tersendiri utk menjaga kualiti dan kebersihan . Penyembelihan di lakukan oleh penyembelih yg di tauliahkan oleh pihak JAKIM dan JAIS di awasi oleh satu jawatankuasa terdiri dari beberapa tokoh agama termasuk mufti wilayah.
utk masuk kekawasan tu kami di bekalkan kasut khas, baju , penutup kepala dan mulut dan cap dan perlu membersihan tangan sama dengan standard yg di kenakan kepada semua pekerja. kawasan kilang memang nampak bersih dan berhawa dingin sepenuhnya utk mencegah pembiakan bacteria. kebanyakkan pekerja yg zino lihat adalah anak anak melayu kecuali di bahagian awal proses iaitu di bahagian meletakkan ayam ayam di assembly line kebanyakkan nya bangla.
di akhir lawatan kami di hidangkan dengan yam KFC hehe.. maybe nanti zino cerita sedikit setiap proses secara lebih mendalam..
|
zino at Monday, April 12, 2004 ::
(0) <-->
Sunday, April 11, 2004
perjalanan jauh yg sangat terang
Pelik kan tajuk ni tapi ni ada lah satu kisah benar terjadi pada zino hari ni hehe. Pagi tadi kami balik kg , I mem dan baby . minggu lepas ayah ajak pi kenduri kahwin ke rumah saudara jauh . rumah dia tak jauh hehe kira kira 160 Km dari KL so kami travel 320 Km utk sampai ke rumah mempelai dan kembali ke KL. Tapi kenapa satu perjalanan yg sangat terang.
Sepanjang perjalanan pergi dan balik beberapa kereta dari arah bertentangan flash lampu kepada kami. Biasanya kalau kereta flash lampu memberi tanda di hadapan ada loadblock so perlu pandu ikut limit speed. So setiap kali ada kereta flash lampu zino jeling meter hadlaju takut kalau2 dah terlebih limit speed. Di highway ada flash di jalan biasa pun ada flash .. dalam hati berkata "amboi banyak nya roadblock hari minggu ni."
Tapi bila dalam perjalanan balik dari rumah pengantin di jalan kg pun ada yg kereta flash lampu. Hai sampai dalam kampong polis buat roadblock. Hairan jugak .. sambil memandu zino berfikir jugak adakah itu tanda amaran atau dia org nak bagi tau sesuatu tetiba teringat nak jeling kat suiz lampu tu.. mak ai patut le kereta asyik flash lampu je. Rupanya lampu kereta zino ON sepanjang jalan di tengah hari gigo tu.. hehe.. baru perasan baby main kat tempat duduk pemandu masa nak balik kg tadi tapi kenapa tak sorang pun perasan lampu tu terpasang.
Tu pasal le terang benderang perjalanan.. hehe
|
zino at Sunday, April 11, 2004 ::
(0) <-->
Friday, April 09, 2004
satu kisah menarik di HUKM
Petang semalam kami balik awal. Dalam perjalanan tu aku beritau mem cerita EP dalam blog ,mem dia ada tanda tanda akan pulih . bila sampai di jalan yaykob latif mem terus ajak singgah HUKM. Sambil tu dia tanya siapa yg datang lawat hari ni. Aku kata tak ada kot. Bila kami sampai wad 3 ada satu couple kat luar tu. Kami terus masuk dalam. Dari jauh nampak anisa, lepas tu faiz pulak masuk. So kami pun tunggu kat luar tu dulu. Bila tengok anisa seolah olah berbuak dengan mak dia kami pun decide tunggu kat luar dulu.
Bila kami keluar EP ada kat situ sedang berbual dengan pasangan berbaju biru..sedondon gitu.. dari perbualan aku agak dia ni macam kawan seopis EP so ok lah. Tapi terkeluar cerita nak pi melaka tu.. ehh jangan2 geng jurnal tak ? .tapi kenapa EP tak kenalkan dengan aku.. mm tak pe tunggu dulu. Sat tu EP masuk dalam.
"kak ni saudara mem EP ke ?" si baju biru bertanya.
"ak, kawan." jawab mem ringkas.
"oo. Ingat saudara tadi, ada iras dengan mem EP" sambung si baju biru sambil tersenyum.
"ni saudara wan ke?" giliran mem bertanya.
"tak kawan.. macam mana nak cakap ye, kawan siber" jawab si baju biru , jejaka sebelah pun sama menyampuk. Dalam hati aku berkata, "sah mereka ni geng jurnal tapi siapa ?"
sekejap tu sorang lagi sampai. Terus bersalaman dengan si baju biru. Dah sah sorang lagi geng jurnal yg aku tak kenal.
"kau orang tak kenal ke siapa ni?" tetiba EP bertanya. Lah patut le dia tak kenalkan aku dengan mereka .EP ingat aku dah kenal mereka kot.. geli hati pulak.memasing nampak terkejut tak sangka dengan soalan EP tu.
"inilah zino" aku nampak si baju biru terpinga pinga. Dan bila EP sebut nama dia aku cuba flashback dia ni penah masuk blog zino ke. Rasanya tak penah kot ,tak heran kalau dia tak perasan. Lepas tu datang dua org gadis lagi. Dan terus bersalaman dengan semua dan aku agak mereka pun geng jurnal.. siapa pulak ni? Bila EP Tanya dia kenal ke siapa ni dengan konfiden dia jawab.
EP Tanya "macam mana tau ?" dia kata "tau le yg selalu datang HUKM tu le"
tak sangka kunjungan aku ke HUKM petang semalam menemukan dengan beberapa geng jurnal , ada yg pernah sembang di blog zino ada yg tak penah masuk ke sana lagi. Tapi rupanya ada sorang jejaka tampan tu terkejut bila aku sebut zino kepada nya.. jauh dari sasaran katanya hehe.. ok lah zino nak tunggu ulasan mereka..
|
zino at Friday, April 09, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, April 08, 2004
kenapa dia tak lena tidur
dua tiga malam ni baby tak berapa lena tidur. tengah tengah malam dia kan terjaga, kadang tu merengek je, macam malam tadi ,kol tiga terjaga. bila tanya "kenapa baby ?" dia tak jawab. lepas pujuk pujuk dia diam.. tak sempat kita nak lena dia merengek balik .bila tanya dia kata "nak minum "so buatkan air susu .. sat lagi bunyi lagi. bangun lagi. tanya lagi nak apa baby , " nak mandi." hehe kadang tu geli hati betul di buat nya.. bila kita explain malam lagi ni. dia tak paham nak mandi jugak.. so buka kan baju dia angkat masukkan dalam bilik air , mata lelap tu.. tak nak mandi pulak.. tidur balik.. tak lama lepas tu bangun lagi.. bila kita tanya , "abah , nak makan nasi" pulak dah.. masa tu dah pukul 5.00 pagi.
so turun le bawah minta mem ambik kan nasi . sambil tu "abah , nak tengok TB!" bila dah sediakan nasi. tak nak makan pulak.. so duduk le depan TB tu.. nak citer otoman .. mana nak ada hehe.. tak tau le berapa jam je dia tidur .. ada satu pagi tu kami terbabas bangun.. hehe.. nasib baik fizah yg kejut.. dia dah siap nak pegi sekolah..
|
zino at Thursday, April 08, 2004 ::
(0) <-->
Wednesday, April 07, 2004
borang income tax..
Tadi zino pi hantar borang income tax.. last date hantar ujung bulan ni kot. tak mau le jadi macam tahun lepas hantar borang the very last day. orang sikit punya ramai. que sikit punya panjang.. bila lama beratur ramai le cepat hangin.. tak boleh silap sikit ringan je memasing buat ulasan selari.. so kali ni zino submit awal.. tak ada orang pun bedesup je tadi.. hantar kat PGRM sana tu.. mulai tahun ni kita di ajar isi sendiri borang tu tafsir sendiri dan bayar pun sendiri.. hehe tapi tak risau apa pun tiap bulan memang dah kena potong.. so borang tu kira buat pengesahan je lah..
sudah ke anda menjalankan tanggong jawab kepada negara? macam iklan le pulak bunyi nya.
|
zino at Wednesday, April 07, 2004 ::
(0) <-->
Tuesday, April 06, 2004
lagu feberet baby..
papapama memati utih
papapaya di udara
papapama memati utih
papapaya di udara..
siap dengan geleng2 pala bila nyanyi lagu ni hehe..
|
zino at Tuesday, April 06, 2004 ::
(0) <-->
Monday, April 05, 2004
bercanda dalam ujan.
"Sape nak mandi bawak baju sekali" aku beritau semua, masing masing tertanya tanya..
"nak pegi mana ni bah? " fizah tanya.
"PD , kalau nak mandi bawak baju sekali", aku ulang lagi..
"ye ye.." kedengaran fizah bersorak lalu bergegas naik .masing masing pun sibuk bersiap, mem pun sibuk kat dapur membawa dan menyediakan segala bagai juadah . baju baby memang dah aku siap kan dulu. baby last sekali siap. pagi tu mem masak mee utk sarapan . Dalam perjalanan hujan turun dengan lebat.
" alamak macam mana nak mandi nanti ni" kedengaran suara di belakang , aku tak perasan siapa yg cakap, fizah jugak kot.
"tak dapat mandi kita tengok laut je lah" aku balas. Sampai di pantai hujan mulai turun. tapi baby dah seronok nampak laut melambai2.
"jom lah pegi kat situ bah" pinta baby.
" hujan tu tak nampak ke" ibu dia memberitau.
" alah sikit je ujan" jawab baby lagi.
"nanti baby basah" aku cuba pujuk baby.
"tak basah pun" jawab baby lagi. agaknya pada baby mana aci dah sampai pantai tak pi mandi.
"ok baby pakai topi ni. " sambil aku pakaikan topi alang. kalau bukan kerana nak ke tepi pantai tak mau dia pakai topi. di pantai baby seronok main air, masih takut takut dengan ombak. bermain di tepian pantai je. hujan bertambah lebat, aku angkat baby bawak ke tempat berteduh di wakaf yg disediakan. baby meronta nak ke air lagi.
"jom lah pegi sana abah" sambil menunjuk laut.
"ujan lebat ni tak nampak ke ? " aku kata kat dia.
"tak sikit je. buka baju dulu " sambil menunjukkan baju dia.
"ehh malu nanti org tengok baby" aku balas.
"org tak tengok pun, dia tengok angah je" balas baby selamba. buat semua org ketawa. akhirnya aku ke kereta mengambil payung. dan baby berjalan ke pantai sambil aku mengekor dia kemana dia pergi. seronok baby berkejaran di pantai. dan abah dia pun sama berkejaran cuba melindunginya baby.. hehe.. setelah dia puas bermain baru aku pujuk ajak naik dan berjanji nanti kalau tak hujan kita datang lagi.
harap tak ade org candid abah dan anak bercanda di pantai dalam hujan lebat hehe..
|
zino at Monday, April 05, 2004 ::
(0) <-->
Saturday, April 03, 2004
bila hujan lebat je mesti….
Setiap kali hujan lebat mesti jalan sesak.. ini yg berlaku hari jumaat lalu. Petang tu along yg datang bawak kereta.. selepas balik sembahyang jumaat I tinggalkan kereta kat rumah dan bergegas ke pejabat naik LRT pasal nya ada program dengan member jam 2.30 nak ke mine.. kalau I naik kereta sure I tak sempat sampai jam 2.30 sebagaimana di janji..
Masa along sampai selepas ambik mem di dulu hujan turun dengan lebat.. I ikut shortcut melalui kelab sultan sulaiman menuju cowkit.. itu jalan yg selalu I ikut bila nak balik dari opis.. dari cowkit menuju ke jln mahameru melalui jln kucing..sampai berhampiran muzium.. zino tengok jalan dah mula sesak.. dalam perkiraan kalau teruskan ikut jalan tak mungkin akan sampai BTR on time.. so I kena fikirkan plan B ..
I kut jalan susur nak ke kL central masuk jln travers menuju ke bulatan berhampiran keretapi dan masjid Negara. Dan terus menuju ke jalan syed putra.. alamak jln ni pun penuh sesak dengan kenderaan.. tak bergerak pulak tu.. mm nak buat macam mana ni.. dalam pada berfikir plan C lepas tu I nampak beberapa kereta buat u turn di hadapan jambatan kemana kereta ni nak melencung agak nya.. ? along kata "ikut le kereta depan tu" , I kata "nak pegi mana ".. dia jawab "mana tau ada jalan shortcut lain." Bila I sampai di tempat u turn tu I pun decide buat u turn sama.. mem kata "ikut kesas.." terkejut I dengar "kita ni kat mana nak ikut kesas ." selepas beberapa kali berbincang baru tau yg di maksudkan jalan metramax..
So I pun ikut jalan traver menuju jln bangsar mewnuju ke federal highway.. bila di atas jambatan berhampiran UM tu mem tunjuk kat meter minyak.. alamak minyak dah nak habis.. memang pun sekejap tu lampu amaran merah tu pun menyala.. dalam perkiraan I ada lagi beberapa kilometer sebelum minyak habis.. dari atas jambatan tu dah nampak jalan susur ke federal highway tu sesak.."kalau tak sempat sampai nanti kita masuk Midvalley dulu le.." actually I sedang membuat option meneruskan perjalanan atau melencung ke midvalley dan cari stesyen minyak dulu..itu plan D jika perlu..hehe federal highway sesak jugak tapi kenderaan nampak nya bergerak.. bila sampai di persimpangan I decide utk terus balik..
Sesampai berhampiran tol metra max I tengok kereta pun tak bergerak.. sesak lagi.. sesak kat sini memang tak boleh tunggu memang sesak teruk so I kena cari plan E hehe banyak nya plan.. ok masuk jln susur ke salak selatan . ini jugak jln harian kami kalau tak nak bayar tol 50 sen.. dari atas jambatan lagi I tengok kenderaan bergerak perlahan .. alamak banjir ke.. jln menuju salak selakat banjir tapi masih boleh di lalui.. ok lah kalau kereta kancil lepas tak kan kereta I tak lepas.. warning minyak semakin kerap menyala I kena terus pe petrol stesyen dulu.. akhirnya I sampai jugak ke BP di BTR tu..puh lega kaki dah naik lengoh.. mintak along je yg isikan minyak.. sambil i urut kaki yg dah kepenatan ni...
|
zino at Saturday, April 03, 2004 ::
(0) <-->
Friday, April 02, 2004
jalan loke yew dah jem balik...
dua tiga hari lepas zino perasan jalan yang biasa kami ikut nak pegi kerja pepagi tu dah mula jem teruk.. apesal pulak.. kami ni lambat kluar rumah ke? bila tengok jam.. almost at the same time everday.. 7.30 dari BTR.. selama ni jalan tu di tambah satu lorong lagi utk ke KL makna nya diambil satu lorong yg ke selatan.. (tidal flow) zino tengok lorong tu tak tutup pun.. banyak kereta yg lalu.. so pepagi sekarang ni mula le nak mengguna kepakaran selit menyelit nak cuba menyegerakan kereta ke depan.. dapat beberapa inci pun cukup.... dan dua tiga hari ni jugak le time mengetik punch card ala ala on time everyday tanpa sebarang masa kecederaan.. silap hari bulan ketikan bertukar kalor..
so setiap pagi juga lah buat ulasan tak selari dalam kereta.. marah kereta yg cuba menyelit (sendiri buat tak pe) hehe dan ringan je nak honk je bila kereta depan tu ada sedikit kelembapan.. (tapi setakat ni masih sabau lagi.. hehe).. baru perasan kenapa ke jeman ni berlaku.. rope rope nya lorong songsang yg di buka arak ke KL tu dah di extend kan sampai ke Plaza peonik.. dan lencungan lama di tutup.. makna nya kereta yg berderet2 zino nampak pepagi tu bukan kereta tempatan tapi kereta dari kajang ma.. oooo patut le. ( iklan vince..AF)
so zino kenalah buat perubahan plan kalau nak sampai awal ke opis.. sama ada guna plan A atau B .. hehe
|
zino at Friday, April 02, 2004 ::
(0) <-->
Thursday, April 01, 2004
singgah lagi di HUKM
petang semalam berkesempatan lagi sekali singgah di HUKM .. bila kami sampai dari jauh ada sorang tu melambai lambai dan senyum meleret... dia sedang berbual dengan EP kat luar tu.. bila dah dekat baru perasan mack rupanya.. lamanya tak jumpa mack dan famili. anak dara dia sorang tu dah bertambah sihat ...boifren dia pun makin sihat hehe.. sambil berbual kat luar tu talipon berbunyi.. i tau itu bukan i punya talipon.. nada talipon i ciput je bunyi nya.. dah tak boleh kuat pun.. dan bukan talipon mem .. tipon sape ye.. ? hehe ooo dah ada tipon ye.. tak lama lepas tu datang si melor sampai..
bila mendengar cerita EP ada tanda tanda positif yg berlaku.. alhamdullilah..
|
zino at Thursday, April 01, 2004 ::
(0) <-->
lama tak menulis..
dah beberapa hari tak mengupdate log ni.. kalau baca tajuk di bawah tu busy buatan sendiri.. memang pun sejak dua tiga hari ni tetiba je sibuk.. sibuk nya bukan kerana kerja banyak tapi pasal suka menangguhkan kerja . bila dah nampak dateline dengan jelas dan nyata semakin hanpir baru le bertungkus lumus membereskan nya.. hehe biasa lah tu.. bila masa banyak take it easy.. tapi segalanya telah berlalu.. muga muga mendapat kejayaan.. nak kata i tak buat yg terbaik.. dah dah mencuba yg termampu. yang lain tu berserah le..
|
zino at Thursday, April 01, 2004 ::
(0) <-->
|
|